วันอังคารที่ 26 มกราคม พ.ศ. 2559

Kampung Telukpanas M.3 M. Purung D. Krungpinang J. Yala

 Latar Belakang Kampung Telukpanas:
  kampunng “Telukpanas”, terletak M.3  M. Purung D. Krungpinang  J. Yala, asal usulnya kampung pada zaman dahulu sebelum memjadi kampung di tempat itu hanya hutan tua hutan atau hutan rimba, pada suatu ketika orang diri kampung “Legԑh Tanyung emah” yang melari kepada raja melayu, maka datang membuka di sini, tempat yang mereka tinggal di situ kawasannya di samping  air sentiasa mengalir sebagai tempat rendah dan di situ tidak ada hutan-hutan kawasannya sangat cerah yang panas oleh mata hari, maka mereka tinggal di tepi-tepi air yang mengalir maka dinamakan “teluk” dan kawasan itu panas yang menyuloh dipanggilkan “Panas” kerana sekitar kawasan yang lain teduh oleh pokok-pokok, tetapi di tempat mereka tingga panas, maka dinamaka “teluk panas” , pada masa sekarang tempat air sentiasa mengalir ini sudah menjadi sawah padi,kampung Telukpanas lebih kurang 100 tahun.
             Kampung Teluk panas agak terbesar dalam mukim apabila sebut Teluk panas kebanyakan orang kenal kampung ini,dalam kampung Teluk Panas di bahgi pula kawasan, ada dipanggil sebelah utara,dan lain lagi. Kampung Teluk Panas dari dahulu lebih kurang 100 tahun hingga sekarang, kaum yang tinggal di tempat ini kewujudan dua kaum, kaum pertama orang  asal, kaum yang kedua orang datang dari Pattani mereka datang untuk berkebung disini maka masa sekarang boleh di katakan bahawa yang tinggal di sini orang ketunan Pattani.

         Pertuturan mereka di kampung ini lapisan yang lama atau orang tua umur tujuh puluh keatas sangat berbeza dengan generasi yang baru, bahasa yang mereka bertutur agak aneh sebagai bahasa yang asal bagi mereka. Umur bawah tujuh puluhan masih tutur dengan bahasa Melayu lebih banyak lagi oleh kerana mereka banyak kosa kata Melayu, mereka sebagai orang lama munkin ada hubung kait dengan generasi dulu, tetapi lima puluh kebawah bahasa masih berkucau dengan bahasa yang lain lebih lagi generasi muda-muda tidak suka dengan bahasa ibunda tapi mereka masih mengguna.

          Apabila pandang secara umum di kampung semua tutur dengan bahasa melayu boleh berjupat dalam hidup harian mereka seperti di pasar, di kedai kopi, di rumah masing-masing, di sekolah dan lain-lain tempat. Tetapi sayang mereka guna bahasa capur aduk dengan bahasa pengaruh.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น