วันอังคารที่ 26 มกราคม พ.ศ. 2559

Kajian Tindakan. PENINGKATAN PENGUASAAN TATABAHASA (KATA GANTI NAMA) DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 3 SEKOLAH MENENGAH SANOPITTYAKHOM



PENINGKATAN PENGUASAAN TATABAHASA (KATA GANTI NAMA) DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 3 SEKOLAH MENENGAH SANOPITTYAKHOM
ABSTRAK

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti Kata ganti nama diri pertama, Kata ganti nama diri kedua dan Kata ganti nama diri ketiga. Kebanyakan pelajar hari ini keliru dalam penggunaan kata ganti nama.  Terdapat ramai pelajar menggunakan kata ganti nama sesuka hati mereka dalam kehidupan seharian mereka tanpa mengambil kira aspek penggunaannya yang betul. Fokus kajian pengkaji ialah mengenai bagaimana untuk menggunakan Kata ganti nama dengan betul dalam kalangan pelajar sekolah menengah.









A.      LATAR BELAKANG KAJIAN
Tinjauan awal saya mendapati terdapat ramai murid yang menggunakan Kata ganti nama yang kurang tepat dan tidak sopan dalam perbualan seharian mereka. Sebagai contoh, seperti ayat ini dalam dialek melayu Patani “ natey tu gila” dalam bahasa melayu baku ialah “ dia itu gila”. Sepatutnya Kata ganti nama tersebut menggunaka “dia” bukan “natey( untuk binatang)”. Selain itu, murid juga terkeliru dengan penggunaan kata ganti nama diri seperti “saya” pelajar menggunakan “kita”. Perkara ini saya sedar ketika saya melakukan pemerhatian di sekolah semasa saya menjalani praktis mengajar pada 4-6 bulan Januari 2015 di sekolah Sanopittyakhom terletak di daerah Yarang, Wilayah Pattani yang mempunyai pelajar seramai 235 orang serta jumlah guru yang mengajar seramai  29 orang dan guru khusus bahasa melayu terdapat hanya 1 orang . Sekolah tersebut merupakan sekolah kerajaan yang menitik berat aliran akademi, subjek bahasa melayu hanya ada satu subjek dalam satu minggu. Tindakan awal yang saya lakukan ialah dengan merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk merungkai kemusykilan saya dalam kajian ini.

B.     PENYATAAN MASALAH
Bahasa melayu merupakan bahasa yang mempunya sistem dan aturannya tersendiri ataupun yang dipanggil tatabahasa melayu. Antaranya Kata ganti nama iaitu kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang, terbahagi kepada tiga jenis seperti Kata ganti nama diri pertama, Kata ganti nama diri kedua dan Kata ganti nama diri ketiga. Pengkaji  mendapatkan ramai murid yang menggunakan Kata ganti nama yang salah dan tidak tepat atau sesuai dalam perbualan seharian mereka. Malah ada yang tidak menggunakan Kata ganti nama yang tidak sopan sesuka hati, menyebabkan menerbitkan maksud ayat yang kasar dan memberi maksud ayat yang tidak khusus sehingga menyebabkan ayat bahasa melayu tidak berapa ketara dan kurang bersistem. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Oleh demikian pengkaji melakukan kajian tindakan mengenai “Peningkatan penggunaan tatabahasa (kata ganti nama) dalam Kalangan Pelajar tingkatan 3 Sekolah menengah Sudsawad Witya”.

C.    FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setakat ini, kami mendapati bahawa Kata ganti nama dalam ayat Bahasa Melayu selalu keliru oleh pelajar.  
Contoh : 1. a)   Bajunya koyak. Ia perlu dijahit. (X)
  b) Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
               2. a)   Anjing itu menyalak. Ia kelaparan. (X)
                 b)   Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)
Seperti dari contoh di atas,pelajar-pelajar selalu keliru ketika menulis ayat dan menyampaikan maklumat yang tepat dan betul. Jika masalah di atas tidak dapat di selesaikan, kelemahan dalam kemahiran berbahasa melayu ini boleh menjadi semakin serius. Ini akan berlanjutan sehingga ke tahap seterusnya. Apabila masalah ini berlarutan akhirnya akan menyebabkan pelajar-pelajar hilang minat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini Kata ganti nama dalam bahasa melayu telah menjadi isu yang akan pengkaji kaji dalam kajian tindakan ini.


D.    OBJEKTIF  KAJIAN
d.1 Objektif Umum                                          
Kajian ini bertujuan untuk memastikan Kata ganti nama dalam bahasa melayu yang betul dan mengindahkan gaya bahasa, iaitu melembutkan bahasa dengan dengan penggunnaan kata ganti nama yang tepat agar menimbulkan lenggan-lenggan bahasa yang menarik.
d.2 Objektif Khusus
d.2.1 Kajian ini bertujuan untuk meningkat penggunaan kata ganti nama dalam bahasa melayu dengan betul dan tepat mengikut tatabahasa melayu.
d.2.2 Memastikan belajar dapat menulis ayat dengan menggunakan kata ganti nama yang tepat.
d.2.3 Agar pelajar menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kata ganti nama dalam bahasa melayu dengan betul.

E.     KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan  18 0rang murid tingkatan 3 seklolah Sano Pittyakhom Kampung Sano, Daerah Yaring, Wilayah Pattani yang terdiri daripada pelajar perampuan 10 orang lelaki 8 orang . 2 daripada 16 orang merupakan pelajar yang elit, aktif dan berketerampilan manakala pelajar yang selebihnya berada dalam katageri pandai.
F.       METODOLOGI KAJIAN
f.1 Semakan Lebaran Kertas Kerja
Semakan latihan pada lebaran kerja pelajar secara tidak langsung dapat menilai tahap pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran berkenaan
f.2 Pemerhatian Dalam P&P
Respon pelajar dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contoh sewaktu soal jawab diadakan.
f.3 Ujian Selepas Pengajaran dan Pembelajaran
Markah pelajar dalam ujian selepas pengajaran dan pembelajaran dijadikan bahan mengukur pencapaian pelajara dan keberkesanan modul yang dibuat.

G.      PELAKSANAAN TINDAKAN
g.1 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
g.1.1 Semakan Lembaran Kerja
Untuk melihat sejauh mana kelemahan pelajar, pengkaji telah menyemak lembaran kerja pelajar dengan lebih berhati-hati. Apa yang pengkaji perhatikan pada mulanya sebelum kajian dijalankan, pelajar melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam menetukan kata ganti nama kata kedua, dan ketiga, berbanding dengan selepas kajian dijalankan. Selepas kajian dijalankan, pengkaji berasa hampir berpuas hati dengan hasil kerja pelajar. Dan merasa lega apa yang telah usahakan mula membuahkan hasil.

g.1.2 Pemerhatian dalam P&P
Pengkaji telah membuat pemerhatian sepanjang P&P dijalankan khususnya semasa sesi soaljawab diadakan sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan ada pelajar yang kurang memberi respond dan sering menyatakan nilai dan kata ganti nama yang salah, berdasarkan penyataan berbadingan dengan selepas kajian dan menggunakan set latihan yang pengkaji sediakan. Mereka lebih terjurus kepada jawapan atau nilai yang tepat serta menjawab dengan penuh keyakinan. Mereka mula merasa seronok dalam pembelajaran mata pelajaran bahasa melayu.
g.1.3 Ujian Selepas Pengajaran dan Pembelajaran
Ujian Selepas Pengajaran dan Pembelajaran yang diadakan amat bermakna sekali bagi pengkaji kerana di sinilah pengkaji boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul yang pengkaji jalankan. Ternyata berlaku peningkatan yang agak drastic pada keputusan/markah ujian mereka dalam latihan yang diuji. Pencapaian dalam Ujian Selepas Pengajaran dan Pembelajaran menunjukan petanda baik bahawa modol yang pengkaji guna banyak mempengaruhi tahap pemahaman pelajar dan telah melonjakkan pencapaian dalam pengunaan kata ganti nama.


H.      DAPATAN KAJIAN
Pencapaian pelajar yang menunjukan perubahan drastic khasnya pada Ujian Selepas Pengajaran dan Pembelajaran ini amat ketara. Hasil daripada kajian menunjukan kaedah yang pengakaji jalankan ini ternyata banyak membantu pelajar dalam membuat ulasan seperti yang di harapkan. Pengkaji terasa tersentuh, apabila guru tetap bahasa melayu di sekolah tersebut telah memaklumkan dan mengucap terima kasih kepada pengkaji kerana Berjaya melonjakkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran bahasa melayu khusus dalam penggunaan kata ganti nama. Beliau merasa puas hati dengan kaedah yang pengkaji guna.

I.         RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Selepas menjalankan kajian ini, pengkaji telah dapat membaiki mutu pengjaran dan pembelajaran pengkaji. Pengkaji berjaya membimbing pelajar penguasai kemahiran dalam penggunaan ayat dengan kata ganti nama yang tepat dan betul. Dari segi pelajar pula mereka berasa gembira. Semasa pengkaji berbual–bual dengan mereka, mereka melahirkan rasa minat dalam mata pelajaran bahasa melayu berbanding dengan dahulu dan mereka lebih mempunyai keyakinan dalam menulis dan berbual dalam bahasa melayu tanpa risau kesalahan dalam penggunaan kata ganti nama.

J.        PENUTUP
Kajian ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar dalam meningkat penguasaan penggunaan kata ganti nama dalam ayat bahasa melayu mereka. Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk mengguna kata ganti nama dengan tepat. Sesi pengajaran ini diharap akan diteruskan walaupun tempoh kajian ini berakhir. Dengan adanya program seperti ini, diharap pelajar-pelajar sekolah dapat meningkat minat mereka untuk membelajari bahasa melayu terutama aspek kata ganti nama. Sekaligus melonjakkan penguasaan bahasa melayu dengan baik walaupun ada kelemahan dalam penguasaan tatabahasa. Oleh itu, pihak guru yang terlibat diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap penguasaan bahasa melayu dan bukan semata-mata lulus dalam peperiksaan atau ujian serta sebagai seorang guru harus memberi sokongan kepada pelajar untuk mempelajari bahasa melayu. Walaupun guru tersebut bukan khusus dalam subjek tersebut. 


LAMPIRAN 1

Kata Ganti Nama

Definisi:
1.Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.

2. Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.

3. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga.
4.   Setiap Kata Ganti Nama terdiri daripada Tunggal dan Jamak. (Kalau dalam bahasa inggeris disebut sebagai Singular dan Plural). 

            Kata Ganti Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap atau dikenali juga sebagai pihak pertama.

        -  terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak.
v  Tunggal – merujuk kepada diri sendiri.
v  Jamak – merujuk kepada diri sendiri bersama-sama dengan orang lain
Kata Ganti Diri Pertama
Kegunaan
Contoh
Aku
Digunakan apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan
a)      Aku pergi dahulu
b)      Ya Allah, aku sudah insaf
Beta
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap dengan rakyat
c)      Beta berharap segala akan berjalan dengan lancer
Patik
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
d)  Patik Menjunjung perintah Tuanku
Saya
Digunakan apabila bercakap dengan orang lain atau baru dikenali
e)  Saya baru berpindah ke sini
Kata Jamak
Kami
Digunakan kepada diri sendiri berserta teman apabila bercakap dengan orang lain
f)   Kami diarahkan oleh guru untuk membersihkan kawasan sekolah kata Ali dan Ahmad kepada Abu
Kita
Digunakan kepada diri sendiri dan serta orang lain
g)   Kita harus ke sana dengan segera



           Kata Ganti Diri Kedua

          -  Merujuk kepada orang kedua semasa bercakap dengan kita
          -  terbahagi kepaada dua bahagian iaitu tunggal dan jamak
Kata Ganti Diri Kedua
Kegunaan
Contoh
Anda
Digunakan kepada orang kedua apabila kita tidak berhadapan dengannya
a)      Saya berharap anda dapat menyelesaikan masalah itu
b)      Anda telah dipilih sebagai pelajar cemerlang.
Awak
Digunakan untuk orang kedua dalam hubungan rapat
c)      Saya hendak berjumpa dengan awak di taman
d)      Awak mesti hadir ke parti hari lahir saya
Engkau
Digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungan dengan kita atau Tuhan
e)      Engkau mahu dating ke rumah saya petang ini?
f)       Tuhan, hanya Engkaulah diri aku serahkan
Kamu
Digunakan untuk orang kedua yang rapat hubungan dengan kita
g)      Kamu memang hebat
Tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan
h)      Patik menjunjung segala titah Tuanku
Kata Jamak
Kalian
Digunakan semasa beberapa orang diajak bercakap
i)  “Kalian hendak ke mana?” tanya Ali kepada kawannya

            Kata Ganti Diri Ketiga
          -  Merujuk kepada orang ketiga
           - Setiap ganti diri ketiga harus digunakan dengan betul
Kata Ganti Diri Ketiga
Kegunaan
Contoh
Baginda
Digunakan untuk raja atau sultan
a) Baginda sudah mangkat
Beliau
Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati
b) Beliau ialah guru sekolah saya
Dia
Digunakan untuk orang ketiga yang umun
c) Dia seorang yang rajin belajar
Ia
Digunakan dalam tulisan untuk orang ketiga
d) Ali ialag penagih dadah oleh itu, ia telah dihantar ke pusat pemulihan dadah
Kata Jamak
Mereka
Digunakan untuk orang ketiga yang bilangan lebih daripada seorang
e) Mereka telah memenangi pingat emas dalam acara bola keranjang



LAMPIRAN 2

Latihan


 B. Gariskan jawapan yang betul.

1.      (Dia, Aku ) adik saya.

2.    Itu kantin sekolah (saya, kamu).

3.    (Mereka, Aku) guru di sekolah ini.

4.    (Saya, Kamu) sudah makan?

5.    Saya Sonn  Kitt.  (Saya, Kami) suka membaca buku.

6.    Saya suka makan durian. (Kamu, Kami) suka makan apa?

7.    Ali, Raju dan Karim sedang bermain bola di padang. (Mereka, Kamu) bermain semasa hujan turun.

8.    “Saya dan Suzana hendak ke kantin. (Mereka, Kami) hendak membeli makanan,” kata Ayu kepada Kamal.



LAMPIRAN 3

 




















                                             

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น